Clicky

Selamat datang ke Tremco Construction Products Group

Menghubungi pejabat Malaysia location_on

Latar Belakang Tremco Construction Products Group

Tremco Construction Products Group (CPG) mewakili kekuatan gabungan Sistem Dryvit, Nudura, Willseal, Tremco Incorporated  Sealant Komersial dan produk kalis air, Bahagian Penyelenggaran Bumbung dan Bangunan, bersama dengan jenama gabungan Tremco CPG termasuk Flowcrete, illbruck, Nullifire Vandex dan The Euclid Chemical Company.

Bagi projek pembinaan baru atau projek pemulihan, komersial, kediaman, in-field atau in-plant, sistem Tremco CPG akan memudahkan proses pembinaan dan penyelenggaraan, kalis terhadap sebarang elemen dan  memberi sebarang rupa yang diidamkan. Untuk projek pemulihan dan pengubahsuaian struktur yang sedia ada, cara penyelesaian Six-sided Tremco CPG mempunyai prestasi yang tertunjuk dengan kos kitaran hidup yang serendah mungkin dan menghentikan kebocoran air sebelum ia berlaku melalui program penyelenggaran yang berterusan. 

Salam sejahtera daripada Tremco CPG Malaysia!

Laman web ini khas disedia untuk memperkenalkan diri kami sebagai pembekal bahan binaan di pasaran Malaysia. Buat sementara waktu, pihak kami masih belum menterjemahkan keseluruhan laman web ini dalam Bahasa Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang projek dan ingin berbincang dengan pihak kami dalam Bahasa Malaysia, sila mengisi borang di bawah halaman ini. Kami akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.

Tremco CPG telah membekalkan bahan binaan dan perkhidmatan profesional di Malaysia selama beberapa dekad, dan pasaran kami meliputi seluruh Asia Tenggara. Produk kami digunakan dalam pelbagai projek pembinaan termasuk BBCC Retail Mall, Depot MRT, dan banyak projek komersial utama di seluruh Malaysia, serta merangkumi pelbagai jenis industri, kilang dan gudang. Produk kami banyak luas diguna pakai dan dipercayai oleh industri.

Menghubungi pejabat Malaysia


Cara Penyelesaian Pembinaan Kami

Dengan adanya pilihan produk yang luas, kami menjadi rakan anda yang ideal untuk menyelesaikan pelbagai cabaran kompleks yang dihadapi oleh akitek, kontrator, pemaju dan peniaga pada masa kini. Pilihan produk termasuk produk kalis air, lantai resin, perlindungan kebarakan pasif, kaca dan fasad, penebat fasad, bahan kedap dan penyelesaian bumbung.

Sealant, Kaca dan FasadKalis AirLantaiPerlindungan Kebakaran PasifKonkrit

Tremco merupakan jenama untuk sealant, kalis air, sistem bumbung untuk pembinaan komersial dan kediaman, serta aplikasi untuk industri. Tremco telah berjaya membekalkan produk dan perkhidmatan kalis cuasa kepada arkitek, jurutera, kontraktor dan pemilik bangunan di seluruh dunia untuk beberapa generasi. Bagi usaha melindungi dan mengalis cuaca seluruh bangunan, Tremco berkedudukan unik untuk menjadi sumber tunggal yang menyediakan pelbagai produk dan cara penyelesaian.

Produk & Teknologi kami merangkumi:

  • Sealant Struktur
  • Sealant Kaca Penebat
  • Penyelesaian Kalis Cuaca
  • Kalis Air Simen
  • Kalis Air Cecair
  • Saliran
  • HDPE/Bentonit
  • Aplikasi Salutan Trafik Cecair 
  • Primer
  • Sistem Kalis Air Bumbung 
  • Lembaran Kalis Air
  • Kalis Air Torch-On
  • Penghalang Air

Maklumat lanjut ››








Flowcrete telah membekalkan penyelesaian seamless flooring bertaraf dunia di seluruh Asia Pasifik melebihi 25 tahun. Dari lantai resin epoksi untuk perindustrian  dan hiasan yang inovatif, sehinggalah lapisan lantai simen dan sistem salutan poliuretana (PU) untuk tempat letak kereta, portfolio Flowcrete yang khusus dalam kepakaran salutan lantai mampu mengubah apa-apa jua persekitaran secara inovatif. Flowcrete menawarkan pelbagai faedah kepada pelanggan kami termasuk kitaran hayat produk yang panjang, mempertingkat estetika dan ketahanan yang lebih tinggi terhadap keadaan trafik dan pendedahan kepada bahan kimia dan banyak lagi.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Salutan Lantai Epoksi
  • Salutan Lantai Poliuretana (PU)
  • Salutan Lantai Tempat Letak Kereta 
  • Screed Lantai Simen
  • Salutan Vinyl Ester Kalis Bahan KImia

Maklumat lanjut ››


Euclid Chemical memiliki portfolio produk yang luas untuk industri pembinaan konkrit dan batu di seluruh dunia. Euclid Chemical berasal dari Ohio, Amerika Syarikat telah berada di pasaran melebihi  satu abad. Ia mempunyai reputasi yang kukuh dalam kalangan kontraktor, spesifikasi, pemilik, pembekal bahan binaan dan pengeluar konkrit dengan menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian yang berkualiti.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Produk Ikatan dan Perekat 
  • Sebatian Penyembuhan dan Pengedap 
  • Pengeras Lantai Dry Shake 
  • Ejen Pelepasan Acuan 
  • Produk Grouting 
  • Pengedap dan Sealant Sendi
  • Densifier Cecair
  • Pembaikan Mortar

Maklumat lanjut ››







Rangkaian produk illbruck memenuhi keperluan segala projek untuk mengedap, melekat dan menebat. Ia sesuai untuk tingkap, fasad, kegunaan dalaman atau luaran, projek pembinaan utama atau pengubahsuaian kecil. Pengedap, pelekat dan penebat yang sempurna sangat penting untuk membolehkan bangunan berfungsi dan keberkesanan kecekapan tenaga dalam bangunan. Jenama illbruck telah menetapkan standard melebihi 60 tahun dan produk berinovasi yang mampu mengurangkan kebebanan mengaplikasi dan memperbaiki suhu bangunan secara keseluruhan.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Sealant Pengedap Cuaca 
  • Pita Pengedap Sendi boleh Diresapi
  • Membran Pengedap Cuaca 
  • Perekat Membran 
  • Buih BU Mampu Mengembang

Maklumat lanjut ››


Jenama Nullifire berada di barisan hadapan perlindungan kebakaran pasif pintar, dengan fokus utamanya adalah untuk melindungi orang dan bangunan daripada kerosakkan akibat kebakaran. Selama lebih dari 40 tahun, Nullifire telah menjadi pemimpin dalam pasaran salutan intumecent dan penyelesaian pencegah kebakaran. Perlindungan kebakaran pasif sangat kompleks dan amat penting, terutamanya reka bentuk bangunan menjadi kian canggih. Produk Nullifire memberi keyakinan kepada pemilik bangunan ke atas sistem perlindungan kebakaran yang akan berfungsi ketika perlu.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Salutan Intumecent
  • Sealant Penarafan Kebakaran
  • Produk Penghalang Kebakaran 

Maklumat lanjut ››





Setelah melebihi setengah abad, jenama Vandex telah berjaya mencatat pelbagai rekod dalam projek kalis air sama ada untuk usaha pencegahan atau projek pembinaan baru yang kompleks. Jenama Vandex telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia bukan sahaja sebagai peneroka teknologi, malahan turut menjadi rakan yang boleh dipercayai. Penyelesaian Vandex memberikan sifat kalis air bersepadu dan permukaan untuk melindungi struktur daripada kemasukkan air. Ini akan memberi ketenangan kepada pelanggan yang memerlukan cara penyelesaian yang dapat bertahan untuk sepanjang hayat bangunan berkenaan.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Kalis Air Pengkristalan
  • Kalis Air Buburan Simen
  • Mortar Pembaikan Simen dan Sebatian Menyumbat 

Maklumat lanjut ››


Dryvit telah memimpin industri Exterior Insulation and Finish Systems (EIFS) selama lebih dari empat dekad. Dengan komitmen dalam penyelidikan dan pembangunan, Dryvit memperkenalkan produk dan sistem baru secara konsisten lalu menjadikannya terus maju dalam industri fasad, sambil menyediakan rekaan dengan pelbagai warna dan kemasan untuk mengubah identiti visual apa-apa jua struktur. Semangat inovasi ini ditambah dengan kepatuhan yang ketat terhadap standard tertinggi dalam kualiti dan konsistensi pembuatan, menjadikan jenama Dryvit sebagai pemimpin dalam industri EIFS yang tidak perlu dipersoalkan.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Perekat dan Salutan Asas 
  • Penghalang Udara/Air/ Wap 
  • Salutan dan Penwarnaan Fasad
  • Sistem EIFS 

Maklumat lanjut ››





Willseal berusaha memanfaatkan teknologi Jerman yang terbaik dan sejarah yang tergulung untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jenama berkualiti dalam acrylic-impregnated foam sealants. Produk Willseal lebih selamat, mesra alam dan berprestasi tinggi dalam usaha  berfungsi pada tahap yang cemerlang sambil meminimumkan kemungkinan membawa impak kepada alam persekitaran.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Sealant Acrylic-Impregnated Foam

Maklumat lanjut ››


Nudura ialah peneraju global dalam usaha mereka dan mengilang produk dan aksesori Insulated Concrete Form (ICF) yang khas untuk bangunan sama ada kediaman, komersial, perubatan dan pendidikan, serta pelbagai jenis struktur lain. Produk ICF membantu mempercepatkan proses pembinaan, mengurangkan sisa buangan dan membentuk struktur yang kuat dengan memberi impak kepada seni bina. Nudura Integrated Building Technology Insulated Concrete Form diguna pakai sebagai bekam tetap untuk struktur konkrit, galas beban dan bukan beban, dinding below-grade dan above-grade. Produk ini diguna dalam pembinaan balok konkirt bolos dan tiang konkrit bertetulang, lintel, dinding luaran dan dalaman, dinding ruang bawah tanah, dinding pondasi dan penahan. ICF akan dikekalkan selepas penempatan dan pengawetan konkrit.

Produk & Teknologi merangkumi:

  • Insulated Concrete Forms (ICF)

Maklumat lanjut ››





Menghubungi kami

Adakah anda mempunyai projek yang memerlukan bantuan? Hantarlah mesej kepada pihak kami dan kami akan menghubungi anda atau merujuk pertanyaan anda kepada rakan pasukan kami yang berpengetahuan termasuk perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan teknikal, wakil jualan, atau pakar bangunan.

Lot 37631 & 37632 Jalan 6/37A Taman Bukit Maluri Industrial Area Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia

+603 6277 9575

[email protected]

Anda boleh menghentikan penerimaan informasi daripada Tremco pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut tentang cara menghentikan penerimaan informasi, amalan privasi kami dan usaha kami melindungi dan menghormati privasi anda, sila merujuk kepada Dasar Privasi kami. Dengan mengklik butang "Hantar" di bawah, anda bersetuju untuk membenarkan Tremco CPG menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda demi memberi maklumat yang diminta.